MINGGU 3
APLIKASI
GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
ETIKA KOMPUTER
·
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer
yang betul (panduan).
·
Hak peribadi individu, ketepatan dan
kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral
dan etika yang sering berlaku iaitu:
·
Penggertak
·
Penyalahgunaan internet
·
Virus
·
Hak cipta
·
Perisian cetak Rompak
Penggertak:
·
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan
merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·
Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk
tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan
oleh negara kita telah mengundang
banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan
remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data,
perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa
kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada
pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
· Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran
pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan
temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan
risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER
ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer
untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja
komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk
fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer
untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer
untuk menipu.
6. Tidak
menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari
komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak
mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program
atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan
timbang rasa dan
hormat kepada manusia lain.
CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN
MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.
2. Setelah application sudah dibuka screen akan
memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.
3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat(
mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble
4. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak
diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
Contoh gambar ialah Logo Syarikat
5. Setelah itu masukkan butiran seperti:
· Tajuk program yang akan diadakan
· Nama penaja
· Tarikh dan hari program akan diadakan
· Aktiviti yang akan dijalankan
· Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan
6. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan
brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur
anda.
No comments:
Post a Comment