Monday 17 September 2012

Rancangan  pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer minggu 1 hingga 15


MINGGU 1
PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan 
www.youtube.comLihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.


1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Alamat Internet.
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa





MINGGU 2
MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

·         Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
·         Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Apa itu ‘Enjin Pencari’?
·         Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
·         ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
·         Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari

Tujuan (konteks pendidikan)
·         Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
·         Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

Jenis ‘enjin pencari’
·         www.google.com
·         www.yahoo.com
·         www.teoma.com

Dimanakah enjin pencari dapat dilihat:
·         tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,





Contoh 1:


http://3.bp.blogspot.com/-TIvPPqDocLA/TyjCeyCiYwI/AAAAAAAAAV4/kCVyULrchd8/s400/1.png


Contoh 2:

http://4.bp.blogspot.com/-G6R1clfeXH4/TyjC9bMLtMI/AAAAAAAAAWA/ts6uPatTrs0/s400/2.png


Cara Mengkategorikan Maklumat:
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan
· Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet
1.    Mengenalpasti tajuk.
2.    Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3.    Memilih enjin pencarian yang tepat.
4.    Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
5.    Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

















MINGGU 3
APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


ETIKA KOMPUTER
·         Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
·         Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·                   Penggertak
·                   Penyalahgunaan internet
·                   Virus
·                   Hak cipta
·                   Perisian cetak Rompak

Penggertak:
·                   Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·                   Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet
·         Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.


Virus:
·         Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

Hak cipta terpelihara
·         Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
·         Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.



CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

1.    Bukakan Microsoft Publisher 2007.

http://1.bp.blogspot.com/-FF2lNbiO35w/TyjKcubs0EI/AAAAAAAAAWI/g8e_W_nyJh0/s1600/1.png

2.    Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.

3.    Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble

http://2.bp.blogspot.com/-nBGcHXJJz88/TyjLLpXHDAI/AAAAAAAAAWQ/4zaF9ipqkdQ/s1600/2.png

4.    Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat


http://1.bp.blogspot.com/-XpHESt2jcX8/TyjLUe-UdxI/AAAAAAAAAWY/PiW-kODAjgs/s1600/3.png

5.    Setelah itu masukkan butiran seperti:
·         Tajuk program yang akan diadakan
·         Nama penaja
·         Tarikh dan hari program akan diadakan
·         Aktiviti yang akan dijalankan
·         Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

http://3.bp.blogspot.com/-FaS_zXwA2hY/TyjLccSyq9I/AAAAAAAAAWg/wJkzpUTuHqk/s1600/4.png

6.    Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.






MINGGU 4
PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
                     Bahan sastera
                     Bahan tatabahasa
                     Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

http://3.bp.blogspot.com/-Frdm00vuqk4/TzHEyAtr2BI/AAAAAAAAAXM/rBayRU84LKM/s320/1.png


Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
                     Syair
                     Pantun
                     Seloka
                     Gurindam
                     Puisi
                     Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
http://2.bp.blogspot.com/-eL_AS4oykxk/TzHFM7bVMNI/AAAAAAAAAXU/zf5EwJdhskw/s320/2.png

Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
http://2.bp.blogspot.com/-OQP9vJ5gbmY/TzHFcc2Zl2I/AAAAAAAAAXc/ABgvXkxPHsY/s320/3.png


Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa



Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

Jenis-jenis tatabahasa
                     Kata nama
                     Kata Hubung
                     Kata kerja
                     Kata sendi nama
                     Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan




melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:

http://4.bp.blogspot.com/-xfOz-VakFA8/TzHFxWF6GyI/AAAAAAAAAXk/H7oE85IK0eA/s320/4.png

MINGGU 5
MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


http://3.bp.blogspot.com/-EL6tT5s6BZQ/TzmwNasEn-I/AAAAAAAAAXs/n84qEH3k9xY/s320/1.png


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, 
sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link 
www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'


http://2.bp.blogspot.com/-GLlfx6za3-Q/Tzm8i3lawNI/AAAAAAAAAX0/FIxDUDi-bZk/s320/2.jpg


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
http://2.bp.blogspot.com/-Va_EwnzsKks/Tzm9A_SC1DI/AAAAAAAAAX8/ln1qu5rzOyI/s320/3.jpg


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
·                     Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
·                     Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.
http://1.bp.blogspot.com/-ftjlQ313_Ak/Tzm9R0F_Y7I/AAAAAAAAAYE/Mw72MIjoVpM/s320/4.jpg



5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
http://3.bp.blogspot.com/-kLQF_GRFynM/Tzm-D4Y1s6I/AAAAAAAAAYM/tFkTQx7OUUg/s320/5.jpg


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)


http://3.bp.blogspot.com/-xFM2pnLO4jg/Tzm-OypruwI/AAAAAAAAAYU/0XlEZMjpFj8/s320/6.jpg




Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link 
www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.
http://4.bp.blogspot.com/-uM9RXm0X91I/Tzm-egMXywI/AAAAAAAAAYc/kiJampsgdas/s320/7.jpg

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'
http://1.bp.blogspot.com/-4K3d0Z3wqYA/Tzm-vRtKEWI/AAAAAAAAAYk/3SkeMaUdF0Q/s320/8.jpg


3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'
http://4.bp.blogspot.com/-4lMy1XaHTH4/Tzm_AajfRoI/AAAAAAAAAYs/LTCMiOwALyc/s320/9.jpg


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)
http://1.bp.blogspot.com/-k8ak04nD2oY/Tzm_OEhJcZI/AAAAAAAAAY0/3SY3rMnt5Yk/s320/10.jpg

·                     jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
·                     jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
·                     jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)
         Upload Gambar Dalam Blog

Tutorial untuk upload gambar dalam blog adalah seperti berikut.


1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'
http://3.bp.blogspot.com/-2NteVSVnoK0/Tzm_YTPmegI/AAAAAAAAAY8/iM5LcGfmc-Y/s320/11.jpg


2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.
http://1.bp.blogspot.com/--eebJkv5yog/Tzm_s3posGI/AAAAAAAAAZE/GyHJoKlCqPQ/s320/12.jpg

ATAU
http://2.bp.blogspot.com/-wSxfzqBve64/TznAX3e4JTI/AAAAAAAAAZM/nI6gUWSbCjc/s320/13.jpg


3.Klik 'browse'.
http://1.bp.blogspot.com/-o2oeNBWq9Qo/TznAfJZKvuI/AAAAAAAAAZU/yYYuEqD9HNI/s320/14.jpg


4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.
http://4.bp.blogspot.com/-nfjAK1qWLIk/TznAnyZPLqI/AAAAAAAAAZc/AJJJ986bxDY/s320/15.jpg


4.1. Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa(maksimum 5), klik pada 'add more image'.
http://4.bp.blogspot.com/-X31c7ye5au4/TznA2RyCXWI/AAAAAAAAAZk/cFN-C7QcOPI/s320/16.jpg


5.Pilih kedudukan dan size yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.
http://4.bp.blogspot.com/-nm36zP_dE9I/TznBalqycSI/AAAAAAAAAZs/kYuK56REibc/s320/17.jpg


6. Tunggu sehingga gambar siap diupload kemudian klik 'done'
http://4.bp.blogspot.com/-GHXww81IYC0/TznBjoVSxcI/AAAAAAAAAZ0/gSH24Ef8H9E/s320/18.jpg



Nota: Jika anda hendak upload lebih daripada 5 gambar, cuma ulang semula langkah 1 hingga 5.





Untuk mengupload video menggunakan kaedah yang tersedia untuk blogger adalah seperti berikut.

1. Login ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada new post.
http://4.bp.blogspot.com/-pDTBUNZU3co/TznBuKiPKqI/AAAAAAAAAZ8/DcFFQtb7R3E/s320/19.jpg

2. Pada paparan yang muncul, klik pada icon video seperti yang ditunjukkan.
http://1.bp.blogspot.com/-qNGAGBHPhtg/TznB165wDdI/AAAAAAAAAaE/VlwWi6KeCgA/s320/20.jpg


3. Langkah seterusnya, browse video yang hendak diupload, masukkan title dan juga tick pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada upload video
http://2.bp.blogspot.com/-t2EOcVinTMw/TznCA4-4LpI/AAAAAAAAAaM/OC47hTubo1Q/s320/21.jpg


4. Untuk sesebuah video, masa diperlukan untuk memproses video tersebut sehingga dapat dipublishkan. Bergantung kepada saiz video.
http://2.bp.blogspot.com/-uJQr_-7XZwQ/TznCMh4h5iI/AAAAAAAAAaU/zFm0Y8fuySg/s320/22.jpg


Anda boleh save dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan samada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak















MINGGU 6
MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR BERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Pengenalan
·         Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
·         Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
·         Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:

http://3.bp.blogspot.com/-Yc_LGjkqZwI/T2wbuo5Id5I/AAAAAAAAAa4/rIesde8Cs_Q/s320/1.png




(i) Struktur hierarki

http://2.bp.blogspot.com/-9cBDjSnlgw8/T2wbzQLf2OI/AAAAAAAAAbA/0l4e_R6d2kE/s320/2.png


Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:


http://2.bp.blogspot.com/-rFFrOegVfMg/T2wb3zXjGtI/AAAAAAAAAbI/19QTEsf7V4E/s1600/3.png

struktur hierarki

(ii) Struktur komposit
·         Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
·         Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Kesan kepada murid
·         Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.

Kepentingan akses struktur perpautan
·         Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

(iii) Struktur linear
·         Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
·         Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.

http://3.bp.blogspot.com/-KZpRzEqxCQo/T2wb_DoVSaI/AAAAAAAAAbQ/N8sbXI5X4B8/s1600/4.png

struktur linear

(iv) Struktur Rangkaian
http://1.bp.blogspot.com/-WoksARrcl7s/T2wcEsSlohI/AAAAAAAAAbY/Z8ChwP9qZk4/s320/5.png
Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:

http://2.bp.blogspot.com/-brNiA9msYfk/T2wcISFuahI/AAAAAAAAAbg/IWCtRunoI3s/s1600/6.png


















MINGGU 7
MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Bengkel Model Pemprosesan Maklumat

http://4.bp.blogspot.com/-pmCAJHeFk_k/T2wenpJCieI/AAAAAAAAAbo/PWuolt68yro/s320/1.png

Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik

Prinsip pemprosesan maklumat
http://4.bp.blogspot.com/-GAeM-0jd5Yo/T2wergW1q1I/AAAAAAAAAbw/BhiS72jD39Y/s320/2.png






Empat proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat
http://2.bp.blogspot.com/-od8PVHrxNsQ/T2wewF0H-ZI/AAAAAAAAAb4/-nXmmlUEkGM/s320/3.png

Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:

(i)  Ingatan jangka pendek
(ii)  Ingatan jangka panjang



Proses Ingatan jangka pendek
http://3.bp.blogspot.com/-pB7LYZIwJkc/T2we3wQenSI/AAAAAAAAAcA/494UJ0AwDmE/s320/4.png



Proses Ingatan jangka panjang
http://3.bp.blogspot.com/-9eWrghqWegQ/T2we8NwHS7I/AAAAAAAAAcI/Jzza6OuLG9A/s320/5.png

Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.

Contoh-contoh tapak pembelajaran
http://3.bp.blogspot.com/-afeX-pWH5-g/T2wfCenyvxI/AAAAAAAAAcQ/IVzy2BNm28s/s320/6.png

Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :
Langkah 1 :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P .
http://2.bp.blogspot.com/-J8twNMoqtAE/T2wfH59udqI/AAAAAAAAAcY/bGix8CGK39o/s320/7.png

Langkah 2 :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :

http://4.bp.blogspot.com/-_bucUOP3OsI/T2wfN6nfzlI/AAAAAAAAAcg/JcxeYO8jkQY/s320/8.png

Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.


http://2.bp.blogspot.com/-tC3Kkq4QGSk/T2wfTdeQ0EI/AAAAAAAAAco/eTZrLfgneHI/s1600/9.png

Langkah keempat:
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:
http://2.bp.blogspot.com/-8uRjqKvxJpw/T2wffyapvmI/AAAAAAAAAcw/FnjsCnKyq14/s320/10.png

Langkah kelima:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:
http://1.bp.blogspot.com/-zkP6uZWq594/T2wfltTghjI/AAAAAAAAAc4/eKrb3b0YpVc/s320/11.png









MINGGU 8
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN

Pengenalan

·         Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .

·         Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.

·         Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

http://3.bp.blogspot.com/-ob8osNn4af8/T2whR1g5frI/AAAAAAAAAdA/vecCU1uH_po/s320/1.png


(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat
(ii) Kepelbagaian bahan di internet
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.


Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:
http://1.bp.blogspot.com/--TzEbHY_AVQ/T2whVuHEPPI/AAAAAAAAAdI/a4dIjy1P6IQ/s320/2.png

Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian
Set Induksi
http://2.bp.blogspot.com/-5oO466aVqUE/T2whacCP6qI/AAAAAAAAAdQ/-sb1lscSoJ8/s400/3.png




Langkah 1
http://4.bp.blogspot.com/-j__I9JEg-Mg/T2whfUgfnaI/AAAAAAAAAdY/cBHpkSm-l9M/s400/4.png

Langkah 2
http://3.bp.blogspot.com/-2pSLB1g1AVM/T2whjrbdExI/AAAAAAAAAdg/J7os1oT3l94/s400/5.png

Langkah 3
http://1.bp.blogspot.com/-wafrIagUmwI/T2whnaLwp8I/AAAAAAAAAdo/brpoV-aYolY/s400/6.png

Penutup
http://2.bp.blogspot.com/-CpFO6PqG9a4/T2whrA-Iz6I/AAAAAAAAAdw/BPAVKO6EKmk/s400/7.png


Melaksana Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran.
LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan




















MINGGU 9
MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN


Pengenalan
·                                              Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur pengeditan
·                                              Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Langkah-langkahnya ialah:
Langkah 1 & 2
http://3.bp.blogspot.com/-RygQgj2hwj8/T2wkCXBgYGI/AAAAAAAAAd4/fhTfnuYlHY0/s400/1.png
Langkah 3
http://2.bp.blogspot.com/-62R4stto5T8/T2wkFRJLvcI/AAAAAAAAAeA/FX-GyD3qT64/s400/2.png


Langkah 4
http://1.bp.blogspot.com/-flTgq5ixFmY/T2wkLZZPMAI/AAAAAAAAAeI/zeVzfeamZVw/s400/3.png
Langkah 5
http://1.bp.blogspot.com/-71-O6P3H_UU/T2wkQbdSD-I/AAAAAAAAAeQ/x9e71ZriTNs/s400/4.png
Langkah 6
http://2.bp.blogspot.com/-6m-yGqzbTkM/T2wkaTqs4rI/AAAAAAAAAeY/4osO5ad24OI/s400/5.png
Langkah 7
http://4.bp.blogspot.com/-zgLiGeUrO6k/T2wkhihUlZI/AAAAAAAAAeg/CnN_FIsLsDU/s400/6.png

Langkah 8
http://1.bp.blogspot.com/-D5M8paOoRw0/T2wkm0ulCNI/AAAAAAAAAeo/_0Jx-nUoelU/s400/7.png

Langkah 9 ( langkah akhir)
http://1.bp.blogspot.com/-1fgU2LoGwvI/T2wkrcwFslI/AAAAAAAAAew/Et5cHgoEsS8/s400/8.png







MINGGU 10
MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
                          i.    Penentuan peringkat pengajaran
                        ii.    Kemahiran bahasa

(i) Penentuan peringkat pengajaran
·                                              Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
·                                              Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
http://1.bp.blogspot.com/-HVh48isEt6w/T2wmn-imezI/AAAAAAAAAe4/zzeWTtweyT8/s320/1.png

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
http://3.bp.blogspot.com/-kupjYQ-2wWA/T2wmr_UzqSI/AAAAAAAAAfA/lXSptFcF2ZY/s320/2.png

Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
·         Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
·         Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
·         Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
·         Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
·         Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
·                                              Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
·                                              Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio
·                     Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
·                     Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
http://2.bp.blogspot.com/-CWiax10fPKQ/T2wmwrtyiiI/AAAAAAAAAfI/EY7nFxTioXo/s320/3.png

Panduan meggunakan elemen video
·                                              Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
·         Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
·         Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
http://1.bp.blogspot.com/-FlELv2tuHRU/T2wm0rKYsxI/AAAAAAAAAfQ/VgKw9KNYZRY/s400/4.png

(i) Membina bahan video

Langkah 1 & 2
http://4.bp.blogspot.com/-pnHRueO8df8/T2wm5JPr7fI/AAAAAAAAAfY/4E2ZDnDkeiA/s400/5.png




Langkah 3
http://1.bp.blogspot.com/-VcnVfKtDPMY/T2wm-NYNVAI/AAAAAAAAAfg/nSf1JLNx55E/s400/6.png

Langkah 4
http://1.bp.blogspot.com/-KPfNFpNsSS0/T2wnBfNdHtI/AAAAAAAAAfo/wf9NMRf4mu8/s400/7.png

Langkah 5
http://1.bp.blogspot.com/-O_Z-_dVT9Bs/T2wnFjVaLcI/AAAAAAAAAfw/unCyZMfqQmo/s400/8.png

Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.

http://2.bp.blogspot.com/-z7aWoXR5hxc/T2wnLDMUzDI/AAAAAAAAAf4/A4g9AbOofzc/s320/9.png
Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
MINGGU 11
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO


Pengenalan
Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:
http://2.bp.blogspot.com/-8-xDTZfvHwg/T2wqMUJFLbI/AAAAAAAAAgA/wG3QY7BnKIw/s400/1.png

§  Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

§  Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

§  Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

§  Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

Jenis persidangan video
http://3.bp.blogspot.com/-IcqHySwlWhU/T2wqj7nnoTI/AAAAAAAAAgI/M1gYzVD_siI/s400/2.png

contoh jenis persidangan

Contoh penggunaan sidang video ialah

http://2.bp.blogspot.com/-EgdelnpZLAM/T2wqp2SJ1mI/AAAAAAAAAgQ/2jVIk-ooznY/s400/3.png
Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksudpertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.

Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup (capture)
-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

http://1.bp.blogspot.com/--866e9wvNRE/T2wquvP5J_I/AAAAAAAAAgY/nkeHMzPxnGo/s400/4.png

http://2.bp.blogspot.com/-JXjCCX2KXOc/T2wqyzVB70I/AAAAAAAAAgg/2mpH7M-KYlM/s400/5.png


Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.

(i) Sidang video menggunakan perisian skype:
Langkah 1:
http://2.bp.blogspot.com/-E1gS2yHGRSU/T2wq5QCYRdI/AAAAAAAAAgo/yGI-Tm442Ps/s400/6.png

Langkah 2:
http://4.bp.blogspot.com/-tcY1jGkiQBo/T2wq8-3QPpI/AAAAAAAAAgw/seJxyC_tAuU/s400/7.png

Langkah 3:
http://3.bp.blogspot.com/-sKd2H7bNCT0/T2wrB5mEMEI/AAAAAAAAAg4/aS2LZflgltE/s400/8.png

Langkah 4:
http://1.bp.blogspot.com/-oPE16yy02Wo/T2wrGzS-bpI/AAAAAAAAAhA/7EoyctNIqtk/s400/9.png

Langkah 5:
http://3.bp.blogspot.com/-sObpvP0BfI8/T2wrNADayGI/AAAAAAAAAhI/97XqQjFKpLQ/s400/10.png

(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger
Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah.
Langkah 1:
http://4.bp.blogspot.com/-uf3t7OFZ0xM/T2wrTHF3vaI/AAAAAAAAAhQ/3T64FS3iSB0/s400/11.png

Langkah 2:
http://1.bp.blogspot.com/-9VwDe-AOl6E/T2wra1WonaI/AAAAAAAAAhY/phhU_mzk-tI/s400/12.png

Langkah 3:
http://4.bp.blogspot.com/-50BkzQrsQeE/T2wrhuaXmtI/AAAAAAAAAhg/QIs8z9O0HjI/s400/13.png






Langkah 4:
http://4.bp.blogspot.com/-LQUNqZUTH6M/T2wrlxaKooI/AAAAAAAAAho/KD7hIxo-y9A/s400/14.png

Langkah 5:

http://4.bp.blogspot.com/-vD_ovWYyQ5g/T2wrxS-dN1I/AAAAAAAAAhw/DFbmqy0eo54/s400/15.png

Langkah 6:
http://3.bp.blogspot.com/-exUl-QRcRIs/T2wr1Z7ILJI/AAAAAAAAAh4/eJw8ll6nvq0/s400/16.png

Langkah 7:
http://1.bp.blogspot.com/-ryidOW-jrIM/T2wr5jRbmCI/AAAAAAAAAiA/jp0i-BqfC_o/s400/17.png



Langkah 8:
http://4.bp.blogspot.com/-jSosRY36K3E/T2wr_jn0qbI/AAAAAAAAAiI/FCjvpNeD6PA/s400/18.png

Langkah 9: (hasil )
http://4.bp.blogspot.com/-UiPBi7H_4wE/T2wsEcNCIvI/AAAAAAAAAiQ/JCB4iYIA1nE/s400/19.png

















MINGGU 12
 MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat pengarangan
http://3.bp.blogspot.com/-Lt3jMcSa-sQ/T2wtJ_KgQ8I/AAAAAAAAAiY/eg2jrf7LuNk/s400/1.png
Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
·                     docs.google.com/

Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
http://3.bp.blogspot.com/-pDgZZY7VdFQ/T2wtM7r7uQI/AAAAAAAAAig/QEjPqC3Mfws/s400/2.png
Aplikasi
   · Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui.

Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian







MINGGU 13
MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU


Pengenalan
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.

Power Points
§  Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

§  Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
                          i.    Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
                        ii.    Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
http://4.bp.blogspot.com/-dGmBgtJ9p_c/T2wuqED7UII/AAAAAAAAAiw/dseoiGjuCBo/s400/1.png


http://4.bp.blogspot.com/-dQJ83I8hq8M/T2wuuRETbhI/AAAAAAAAAi4/5Zv8N2D5XHk/s400/2.png


http://3.bp.blogspot.com/-sNHaeXMuFGY/T2wuyGN8P7I/AAAAAAAAAjA/ABcqmK23KBo/s400/3.png

( (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint
http://4.bp.blogspot.com/-3Nb0H1_NlX4/T2wu1YCqEmI/AAAAAAAAAjI/YiFReTThocI/s400/4.png








MINGGU 14
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
http://2.bp.blogspot.com/-DwnvasKLL44/T2w9fLwa8SI/AAAAAAAAAjQ/ZLxvnTAFEeg/s400/1.png

Contoh Jenis Cakera Padat

Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu


Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
1.    puisi tradisional dan kesusasteraan
2.    latihan dan soalan


Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
      · Cakera sastera seperti pantun, syair atau    
        cerpen pendek.
TATABAHASA
      · Cakera latihan tatabahasa




















MINGGU 15
SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
o   Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
o   Penggunaan komputer di sekolah
o   Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.

Jenis-jenis pameran:
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.




No comments:

Post a Comment